Jadilah mawar yang Ori...

Tanpa kita sedar rupa-rupanya ramai juga orang yang hidup dalam tekanan. Bukan kerana beban yang terlalu berat, atau kekuatan yang tak memadai. Namun, kerana tidak mahu berterus terang. Hidup dalam kepura-puraan tidak sama sekali memberikan ketenangan. Bersikaplah seperti yag sepatutnya. Bila ada kesulitan, jangan menolak bantuan. Sikap terus terang membuka jalan bagi penerimaan orang lain. 

Persahabatan dan kerjasama memerlukan satu hal yang sama, iaitu keakraban di antara satu sama lain. Keakraban tercipta bila satu sama lain saling menerima. Sedangkan penerimaan yang tulus hanya wujud dalam kejujuran dan terus terang. 

cantiknya mawar nie...
 
 Kepura-puraan itu bagaikan bunga mawar plastik dengan kelopak dan warna sempurna, namun ia tidak mewangi. Meskipun mawar asli tak seindah tiruannya dan cepat layu, kita tetap menyukainya. Mengapa ? kerana ada nilai kehidupan yang sebenar pada bunga itu. Hidup dalam kejujuran adalah hidup yang dialami dengan sejati. 

Hidup berpura-pura sama saja membohongi hidup itu sendiri. Anda mampu memilih untuk hidup sebagaimana yang anda inginkan, dan berhak melangkah kaki di bumi ini. Atau, hidup berpura-pura di dalam dunia ilusi sendiri...


0 comments:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 .::Cerita Si Budak Baek::. |Designed by Zakiey89 |Converted to blogger by Zakiey89.Net

Usage Rights

DesignBlog Zakiey89 comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.