Jadilah mawar yang Ori...

Tanpa kita sedar rupa-rupanya ramai juga orang yang hidup dalam tekanan. Bukan kerana beban yang terlalu berat, atau kekuatan yang tak memadai. Namun, kerana tidak mahu berterus terang. Hidup dalam kepura-puraan tidak sama sekali memberikan ketenangan. Bersikaplah seperti yag sepatutnya. Bila ada kesulitan, jangan menolak bantuan. Sikap terus terang membuka jalan bagi penerimaan orang lain. 

Persahabatan dan kerjasama memerlukan satu hal yang sama, iaitu keakraban di antara satu sama lain. Keakraban tercipta bila satu sama lain saling menerima. Sedangkan penerimaan yang tulus hanya wujud dalam kejujuran dan terus terang. 

cantiknya mawar nie...
 
 Kepura-puraan itu bagaikan bunga mawar plastik dengan kelopak dan warna sempurna, namun ia tidak mewangi. Meskipun mawar asli tak seindah tiruannya dan cepat layu, kita tetap menyukainya. Mengapa ? kerana ada nilai kehidupan yang sebenar pada bunga itu. Hidup dalam kejujuran adalah hidup yang dialami dengan sejati. 

Hidup berpura-pura sama saja membohongi hidup itu sendiri. Anda mampu memilih untuk hidup sebagaimana yang anda inginkan, dan berhak melangkah kaki di bumi ini. Atau, hidup berpura-pura di dalam dunia ilusi sendiri...


Anugerah Yang Paling Berharga





Ada sebuah telaga indah, airnya sejuk, jernih dan tenang. Permukaannya berkilau, bukan hanya karena memantulkan sinar rembulan, namun batu-batu pualam yang ada di dasarnya juga memancarkan cahaya

Kedamaian selalu meliputinya. Sayangnya, telaga itu tak mudah di jangkau. Ia terletak di tengah hutan lebat yang dipagari oleh semak berduri. Pepohonan tinggi dan binatang buas menghadang setiap langkah ke sana. Siapa pun yang mampu menemui dan mereguk keindahannya, raja rimba pun tunduk dan patuh padanya. 

Telaga itu adalah hati nurani kita, yang senantiasa menyerukan ketenteraman batin. Kesejukan regukan airnya memberi makna pada hidup kita. Sedangkan rimba lebat penuh dengan binatang buas adalah wujud dari fikiran, emosi, hawa nafsu dan persepsi minda yang selalu menghalangi jalan kita. Tanpa disedari ia pun dapat melukai diri kita. Namun, bila anda telah menemukan suara hati nurani itu, maka kekuatan dan kedamaian melingkupi diri kita.

Temukan telaga jernih milik diri. Itulah anugerah paling berharga yang harus kita pegang teguh dalam hidup ini.

Cita Cita Terbesar


 
Dalam sebuah perjalanan hidup, cita-cita terbesar adalah menuju kesempurnaan. Ada kalanya kita mesti berjuang, serta belajar menyikapi segala rahsia dalam kehidupan.
 
Perjalanan menuju kesempurnaan adalah proses yang menentukan setiap tapak langkah kita. Setiap hembusan nafas, detak jantung, dari siang menuju malam. Semua menuju titik yang sama, kesempurnaan.

Setiap insan mempunyai hak yang sama atas waktu. Tidak ada seorangpun melebihi dari yang lain. Namun tak jarang setiap kita berbeza dalam menyikapinya. Ada yang berjuang untuk melewatinya dengan membunuh waktu. Tidak pula sedikit yang merasakan sempitnya kesempatan yang ia punya.

Apa rahsia terbesar dalam hidup ini? 

Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Si Anak Jalanan

Pernahkan terlintas di fikiran Anda, Lebih hebat manakah kita dengan anak jalanan ? Apakah kita yang lebih hebat? Mungkin bila kita melihat orang jalanan, yang selalu yang ada di benak kita adalah anak  yang kotor, kumuh, dan nakal. 

Memang semua itu benar, tapi ada suatu perkara yang lebih berharga di balik semua itu. Anak jalanan  mempunyai suatu keistimewaan yang tidak kita miliki. Apa keistimewaannya? Tiap hari mereka mampu melawan kepayahan kehidupan hanya untuk 1 tujuan iaitu mencari wang untuk hidup 1 hari. Walaupun yang diperoleh itu cuma sedikit namun mereka tetap bersyukur dan tak mengenal kata “putus asa” untuk kembali berjuang pada hari-hari selanjutnya. 

Namun bagaimana dengan kita? Kita tidak tiap hari merasakan kepayahan dunia, hanya pada waktu tertentu saja namun lebih parahnya kita selalu mudah berputus asa bila mengalami kegagalan dan yang lebih parahnya lagi kita tidak pernah mensyukuri apa yang kita punyai saat ini. 

Sekarang siapa lebih hebat?
Kita atau ANAK JALANAN itu???

sekadar renungan...:)


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

(Hamka)

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.

( Aristotle)

Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.

( Budiman ).

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.

( Hamka ).

Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah.Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah.Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai.Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama. 
( Hamka ).

Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. 
( Hamka).

Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. 
( Hamka).

Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa.

( Hamka ).

Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa.

( Hamka ).

hye3 sume...

huh...lama nyew xjenguk blog nie..huhu..
ermm...stakat nie xdew citer2 yang hangat ntuk dikongsi.
.
cuma, 7hb Februari 2010 UPSI nyew group nasyid dpt tempat ke 2 dlm pertandingan nasyid Intervarsity yg dianjurkan oleh KLIUC, kt Kajang.


of kos la aku happy sbb aku pun join skali..hehe..


sempat jewk aku amik gambo ngan solo kumpulan Far east n piyan Saujana.. 
hehehe...

skrg nie aku ngah nk get ready ntuk nasyid sempena Open Day Kolej Aminuddin Baki (KAB) lak..
ntah sempat ntah tidak nk training...huhu..
aku jadi risau xtentu arah..
byk benda yg nk kena baiki...
moga2 sumenyew berjalan dgn lancar...
aminn...


biasa2 jewkkk....huhu



        hye....adiuss...penatnya ari nie...dari smlm aku duk mengadap laptop nie...semata-mata nk buat blog yg x brape nk blog nie...tp naseb bek ada member yg tlog...hehe..byk gak arr yg aku blajo dari budak tu..[tq kpd budak tu]..susah kew nk wat blog?? ermm...susah jugak kot... tpi klu xpndai buat langsung, lagi susah..kan3...nak tak nak kena blaja buat gak.... 

AWAS, jgn nk masukkan gosip2 kosong kt dlm blog taw...klu gosip yg tak kosong, xpew...huhu..
       Apapun, aku bersyukur gak sbb blog aku ni dh nmpak mcm ok jewkkk [ok kewww??]...skali lagi time kasih pd geng2 bas skolah yg ajar aku wat blog nie..antara mereka2 yg xbrape nk istimewa itu adalah Zami, Zaki [bukan aku la, zaki pekerja skim tu] dan yg seumpama dgn Zami....hahaha...Nnt aku blanja kowang ek...gula2 sejibik sowang..


ermmm..ok la tu...ckp ikhlas...hehe..wokey la...have a nice dream...[nk tdo jap]..huhu

time g melencong kt langkawi ngan member2....

untuk de first story nyew, ada citer ms ak n kwn2 g melencong kt langkawi 2....ermm, giler nyew ramai owg time tuh..kitowang g sana bila ek??ermm...17 Disember 2009 smpai laa 20hb...best giler....haha..
  ni ms nk bertolak nie...en.sayed yg jd AJK PDI..haha..




ini gambo masa aku g langkawi...best ooo...
time melencong kt cni, byk gak kejadian2 yg pelik n nakal tlh berlaku...
antaranya aku ngan member2 duk maen kejar2 ngan ank en. Zul [pengetua KAB dahhhh]..






haa...ni dkt underwater world...
walaupun xdpt masuk, dpt amik gmbo pun jadi la..huhu..
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 .::Cerita Si Budak Baek::. |Designed by Zakiey89 |Converted to blogger by Zakiey89.Net

Usage Rights

DesignBlog Zakiey89 comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.